KPM kembalikan fungsi SSDM kepada asalnya – Fadhlina

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengambil keputusan untuk mengembalikan fungsi Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) ke tujuan asalnya, di mana ia digunakan untuk menangani isu-isu terkait salah laku disiplin murid sahaja.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, keputusan itu diambil bagi mengurangkan beban tugas guru namun langkah penambahbaikan ini akan dimuktamadkan dalam tempoh terdekat.

“Saya nak maklumkan SSDM ini akan dikembalikan kepada fungsi asalnya iaitu hanya untuk mencatat salah laku dan tindakan sahaja.

“Guru-guru tak perlu lagi catat anak murid bawa buku sampai bilik guru, sapu sampah, tak payah kerana secara umumnya anak murid kita semua baik.

Baca artikel lain: Warga emas disyaki lemas ketika menjala ikan ditemui selamat

“Hanya perlu bagi tumpuan kepada mereka yang mempunyai isu-isu disiplin dan tindakan intervensi yang kita nak ambil supaya kita boleh tahu apa keperluan.

“Untuk tambah guru kaunseling ke, untuk dibawa ke peringkat psikiatrik Kementerian Kesihatan ke, untuk dibawa kepada intervensi pihak polis atau pun tindakan disiplin lain,” katanya menerusi hantaran video di Facebook, hari ini.

Langkah penambahbaikan itu membolehkan guru memberi tumpuan kepada tanggungjawab utama khususnya pelaksanaan Kurikulum Baharu Sekolah Rendah dan Menengah pada 2026 dan 2027.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Parlimen dijangka dibubar selepas pembentangan Belanjawan – Penganalisis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka membubarkan Parlimen pada bulan November iaitu selepas pembentangan Belanjawan 2027, Oktober depan. Pengarah...

More Articles Like This