Polis sahkan Namewee ditahan miliki, positif dadah

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menahan pengarah dan pemuzik kontroversi, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee kerana disyaki memiliki dan menggunakan dadah dalam satu serbuan di sebuah hotel di ibu negara pada 22 Oktober lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan, serbuan telah dilakukan sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 4.30 petang.

Menurut Fadil, pemeriksaan di bilik hotel itu telah menemukan sembilan biji pil berwarna biru disyaki ecstasy seberat 5.12 gram.

“Suspek berusia 42 tahun telah ditahan dan dibawa ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

“Semasa di IPD Dang Wangi, ujian saringan awal air kencing telah dibuat dan suspek didapati positif empat jenis dadah iaitu amphetamine, methamphetamine, ketamin dan THC.

“Suspek kemudiannya telah ditahan reman selama dua hari melalui perintah mahkamah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Fadil berkata, suspek kemudiannya telah dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur atas dua pertuduhan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 pada 24 Oktober lalu.

Baca artikel lain: Lelaki menyamar sebagai polis, minta sogokan dicekup

Kata beliau, suspek telah didakwa di bawah Seksyen 39A(1) kerana memiliki dadah.

“Suspek juga telah didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 atas kesalahan menggunakan dadah.

“Suspek tidak mengaku bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan dan mahkamah membenarkan jamin sebanyak RM4,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin tempatan.

“Kes tersebut telah ditetapkan untuk sebutan semula pada 18 Disember depan,” katanya.

Semalam, media berbahasa Cina melaporkan Namewee menafikan telah menggunakan dadah dan terlibat dalam kematian seorang pempengaruh Taiwan, Iris Hsieh.

Beliau menyiarkan kenyataan di Instagram selepas apa yang digambarkannya sebagai ‘laporan berita yang tidak berasas’ mengaitkannya dengan kematian pempengaruh Taiwan itu.

Namewee juga mendakwa bahawa beliau dan individu lain disyaki menjadi mangsa ugutan sejak kebelakangan ini dan mereka ‘bersedia berjuang hingga ke penghujungnya’.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This