Tiga lelaki ditahan pukul kanak-kanak 12 tahun didakwa curi power bank

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TIGA lelaki yang disyaki terlibat memukul seorang kanak-kanak berusia 12 tahun kerana didakwa mencuri pengecas bateri telefon bimbit atau power bank telah ditahan bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus memaklumkan, suspek pertama telah ditahan di Kelantan, semalam manakala dua lagi telah diberkas di ibu negara, hari ini.

Menurut beliau, kesemua suspek itu berusia lingkungan antara 49 hingga 61 tahun.

“Polis telah terkesan satu hantaran di media sosia berhubung seorang kanak-kanak lelaki berumur 12 tahun telah dipukul beberapa lelaki di kawasan medan selera di sebuah projek perumahan rakyat (PPR) di ibu negara.

Baca artikel lain: Polis sahkan Namewee ditahan miliki, positif dadah

“Punca kejadian dipercayai suspek telah menuduh mangsa mencuri sebuah power bank milik rakan kepada suspek terlibat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Fadil berkata, mangsa telah mengalami kecederaan luka kecil di bahagian dahi dan mulut.

Katanya, kanak-kanak itu telah mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan dan membuat ugutan jenayah terhadap mangsa,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur

SEORANG pegawai polis ditemukan meninggal dunia dalam bilik tidur utama di kediamannya di Jalan Kampung Nangka, Kuching, petang semalam. Ketua...

More Articles Like This