PENUGASAN Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah turut mengambil kira situasi Monsun Timur Laut (MTL).
Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata, lebih 9,000 pegawai dan anggota yang ditugaskan bagi PRN itu bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan disebabkan faktor cuaca.
“Seperti mana semua sedia maklum MTL juga dijangka melanda jadi persiapan juga kita buat bagi memastikan sekiranya berlaku hujan ataupun ribut semasa pilihan raya sedang berlangsung.
“Kita akan menghadapi hari penting iaitu penamaan calon pada 15 November ini. Insya- ALLAH kita akan buat persiapan yang terbaik,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri Program Selawat Dan Munajat Perdana Polis Kuala Lumpur di Masjid Al-Sultan Abdullah, Presint Merdeka 118 yang turut dihadiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus.
Baca artikel lain: Cuba larikan diri tapi gagal, pemandu bas kilang ditahan JPJ
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 November ini sebagai hari pengundian bagi PRN Sabah ke-17, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 15 November dan tarikh pengundian awal pada 25 November.
Sementara itu, dalam ucapan Fadil berkata program berkenaan adalah satu inisiatif Polis Kuala Lumpur untuk bersama-sama dengan masyarakat bagi menyemai dan meningkatkan rasa kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW.
“Mengambil penghayatan daripada sirah baginda dan menjadikan ajaran al-Quran dan sunnah sebagai panduan utama dalam aspek kehidupan dapat meningkatkan kecintaan kita kepadanya,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram
FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare

