‘Saya tak elak apa-apa soalan, tapi semua dah jawab,’ Anwar bidas pembangkang

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

“KOTA Bharu kena dengar, saya tidak akan elak apa-apa soalan tapi kalau kita dah jawab, baca sampai peruntukan perjanjian itu, saya baca di medan ini. Kalau dia tak hadir atau tak dengar, itu soal lain.”

Demikian kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang membidas pembangkang berhubung soalan ditanyakan pada Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri (MQT) iaitu sesi yang diperuntukkan kepada Perdana Menteri pada setiap Selasa.

Menurut Perdana Menteri, ada dalam kalangan ahli Parlimen pembangkang bertanyakan soalan yang sama walaupun telah dijawab beberapa kali sebelum ini.

“Soalan yang dibangkitkan (pembangkang) semua saya dah jawab. Tapi kalau saya telah jawab dua kali, menteri (juga) dah jawab. Itu juga ditanya, kita kena jawab (beri jawapan sama).

“Jadi itu sebab saya setuju dengan Tan Sri Yang Dipertua. Nak kata saya elak, saya tak elak (jawab soalan),” katanya sebelum menjawab soalan pada sesi MQT di Dewan Rakyat, hari ini.

Terdahulu, Ketua Whip Pembangkang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) mendakwa soalan diajukan blok pembangkang kepada Perdana Menteri tidak dipilih bagi tempoh tiga minggu berturut-turut.

Baca artikel lain: Kerajaan selamatkan RM15.5 bilion daripada aktiviti rasuah dan penyeludupan – PM

Beliau yang membangkitkan Peraturan 24(A) berkata, sepatutnya daripada dua soalan yang akan dijawab Anwar hari ini, satu daripadanya mestilah yang diajukan pembangkang.

Susulan itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul menjelaskan beliau yang bertanggungjawab memilih soalan bagi sesi PMQT dengan pemilihan dibuat selepas meneliti semua soalan dikemukakan kedua-dua blok sama ada pembangkang atau kerajaan.

Johari menegaskan daripada penelitiannya, semua soalan diajukan pembangkang sudah dijawab sebelum ini, justeru tidak timbul soal beliau bersikap berat sebelah dan hanya melayan soalan di blok penyokong kerajaan.

“Untuk makluman hingga masa ditutup, pembangkang cuma sediakan satu soalan, di pihak kerajaan, mereka berikan lapan soalan. Jadi sudah tentu saya melihat semua soalan itu dan saya lihat semua soalan pembangkang telah dijawab, pertama (yang diajukan) pada 29 Oktober dan kedua, 30 Oktober, dan insya-Allah Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Khas telah pun panggil Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) untuk berdepan dengan mereka.

“Saya difahamkan Menteri dan KSU (Ketua Setiausaha) MITI dan semua yang terbabit akan dipanggil esok. Jadi untuk dapat penjelasan lanjut, baik hadir (Sidang Khas).

“Kalau (nak) jawapan Perdana Menteri, saya dah boleh agak dan dah hafal apa yang PM akan jawab. Jadi tak timbul soal pembangkang atau tak, jadi Ketua Whip (pembangkang) galakkanlah untuk Yang Berhormat anda hantar soalan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Hakim tak sihat, keputusan kes Syed Saddiq ditangguh 13 Julai

KEPUTUSAN rayuan akhir pendakwaan terhadap pembebasan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung empat pertuduhan kes pecah...

More Articles Like This