PM adakan lawatan 7 hari ke benua Afrika bermula esok

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama delegasi akan mengadakan lawatan ke benua Afrika selama tujuh hari bermula esok sehingga 24 November depan.

Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah berkata, menerusi lawatan tersebut Perdana Menteri akan ke tiga buah negara iaitu Ethiopia, Afrika Selatan dan Kenya.

“Lawatan rasmi ke Ethiopia dan Kenya dan lawatan kerja ke Afrika Selatan ini akan menggunakan penerbangan sewaan khas daripada Malaysia Airlines, membawa bersama delegasi rasmi dan rombongan perniagaan Malaysia.

“Penglibatan perniagaan dalam lawatan ini adalah untuk memacu hubungan ekonomi dan pelaburan baharu di rantau Afrika.

“Ketiga-tiga pasaran menawarkan peluang kerjasama yang luas sejajar dengan hasrat Kerajaan MADANI untuk mempelbagaikan pasaran dan mengukuhkan kedudukan Malaysia di arena antarabangsa,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Katanya lagi, di Afrika Selatan, Perdana Menteri bakal menyertai Sidang Kemuncak Pemimpin G20 2025 dan kehadiran Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 akan membawa suara 650 juta rakyat di rantau Asia Tenggara

“Insya-Allah, usai lawatan ke tiga-tiga negara tersebut, Perdana Menteri dan delegasi akan berangkat pulang dan tiba di Kuala Lumpur pada tanggal 25 November 2025.

“Kerajaan MADANI menaruh harapan tinggi agar rangkaian pertemuan di Ethiopia, Afrika Selatan, dan Kenya ini akan memperkasa persahabatan, memacu perdagangan, dan membuka limpahan peluang baharu demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

“Perdana Menteri turut memohon doa dan sokongan padu rakyat Malaysia agar setiap rundingan dan perjumpaan dipermudah dan setiap hasilnya kelak benar-benar membawa manfaat yang mampu dirasai semua lapisan masyarakat,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Penduduk terjejas hakisan di Kampung Baru Kapit akan dipindahkan ke penempatan baharu

SERAMAI 43 ketua isi rumah yang terjejas akibat hakisan tanah di Kampung Baru, Kapit, bakal dipindahkan ke penempatan baharu...

More Articles Like This