Isu roti Gardenia diperbesarkan, kata Hadi Awang

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang meihat isu roti Gardenia hanya polemik yang diperbesarkan sesetengan pihak demi keuntungan parti politik tertentu.

Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang berkata, beliau percaya isu tersebut tidak akan mempengaruhi pemikiran rakyat Sabah sempena dengan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah kali ini.

“Saya rasa orang-orang Sabah lebih cerdik daripada pmeimpin negara. Orang Sabah makan roti Gardenia saja, tetapi pemimpin negara jual negara berapa bilion?

“Berhutang dengan kapal terbang MAS…Mahal kapal terbang MAS dari roti Gardenia. Ini beli, ambil, bukan hutang. Ini ambil Boeing, itu hutang berapa bilion?

“ini nak besarkan pasal roti Gardenia ini…lupa pasa negara kita digadai oleh orang. Ini kena sedar,” katanya dalam video pendek yang dimuatnaik di Instagram beliau semalam.

Baca artikel lain: Trump syaitan besar, alasan jemput untuk meramaikan kawan tidak boleh diterima akal – Hadi Awang

Untuk rekod, baru-baru ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Ketil Mansor Zakaria didakwa memperlekeh rakyat Sabah dengan menyatakan sokongan mereka boleh diraih dengan hanya pemberian roti Gardenia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This