Wanita maki hamun, ludah kakitangan klinik diarah hantar ke hospital bahagia

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

MAHKAMAH memerintahkan seorang wanita tempatan yang bertindak agresif di sebuah klinik kesihatan, semalam dihantarkan ke hospital bahagia.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, wanita yang berusia 20-an itu telah didakwa di Mahkamah Majistret Selayang pagi tadi.

Jelas beliau, wanita itu yang datang bersama anaknya berumur dua tahun bertindak di luar jangkaan dengan mengeluarkan kata-kata kesat kepada kakitangan awam dan pesakit lain.

“Wanita itu turut meludah dan berdiri di atas kerusi menunggu sambil memaki hamun kakitangan klinik dan orang awam di tempat kejadian.

“Suspek ditahan pada hari yang sama dan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1995,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Baca artikel lain: Perkhidmatan monorel terkandas di Medan Tuanku berhampiran Maju Junction

Katanya lagi, pihak beliau telah menerima laporan berhubung kejadian itu pada 19 November kira-kira pukul 12.25 tengah hari yang dibuat oleh seorang kakitangan klinik di Balai Polis Gombak.

Menurut Noor Ariffin, mahkamah memutuskan sebutan semula kes adalah pada 19 Disember depan dan tiada ikat jamin ditawarkan.

Terdahulu tular rakaman memaparkan seorang wanita mengamuk di Klinik Kesihatan Gombak Setia sehingga mengganggu ketenteraman orang awam di premis terbabit.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

MOSTI siasat cahaya terang di ruang udara Sabah, tiada serpihan ditemui

KEMENTERIAN Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) sedang menjalankan pemantauan aktif susulan laporan penampakan cahaya terang di ruang udara Sabah...

More Articles Like This