BIADAB! Itu perkataan yang sesuai untuk digambarkan kepada penyanyi Noh Salleh selepas video dirinya sedang meludah dari atas pentas ketika membuat persembahan tular di media sosial.
Difahamkan, Noh merupakan salah seorang penyanyi yang diundang untuk membuat persembahan di Konsert Hausboom Music 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, Sabtu lalu.
Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter @_norzahir, difahamkan penyanyi berusia 37 tahun itu telah meludah ke arah peminat yang sudah menonton persembahannya dari bawah pentas.
Perbuatan tidak masuk akalnya itu telah membangkitkan kemarahan warganet yang menyifatkan ia sangat menjijikkan.
Malah, Noh yang juga vokalis kumpulan Hujan itu turut dikatakan mencampak ‘mic stand’ dan merenjis air botol kepada penonton di bahagian bawah pentas.
“Minta Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pergi periksa air kencing dia.
“Gelinya, jijik perangai jantan ni. Patutlah kena tinggal.
“Lepas dia campak ‘mic stand’ tu, terus meludah. Raingers ( peminat Hujan) pula bersorak sakan dengan gelagat bang haji ni.
“Terus tak jadi nak pergi konsert Hujan. Kejadah apa ludah crowd. Pergi wangi, balik bacin (busuk) bau ludah Noh.
“Acah rock. Level setakat itu saja. Stail je lebih. Main ludah pula dah. Kalau otai-otai rockers tengok mau kena jentik telinga mamat ni,” komen netizen di Twitter.

Dalam pada itu, ada juga yang berpendapat ia adalah salah satu cara Noh melepaskan perasaan selepas episod perceraiannya dengan Mizz Nina.
Ada juga netizen yang turut mengaitkan punca mereka berpisah disebabkan sikap Noh yang sukar dikawal.
“Memang patut kena tinggal kalau macam gini rupa.
“Lelaki, lepas kena cerai jadi macam ini eh?
“Bagus pun kena tinggal.
“Patutlah Mizz Nina minta cerai.
“Inilah yang dikatakan tak semua perceraian itu merugikan, good job Mizz Nina.
“Eloklah Mizz Nina angkat kaki. Iqram Dinzly 2.0 ke ni.
“Ada hikmahlah bercerai dengan Mizz Nina. Kalau tak dengan Mizz Nina sekali terpalit,” kata warganet.
Meskipun ramai yang mengecam, namun ada juga segelintir pihak yang seakan memahami cara luahan rasa Noh yang membuatkan dia bertindak demikian.

“Inilah salah satu stage of grief. Bertahun dia terpaksa jadi orang lain sebab nak jaga imej keluarga.
“Ini cara kebanyakkan orang nak tunjuk ‘this who i am’. Untuk compensate rasa loss dan filling the void. Itu yang kadang-kadang ada cross the line macam ini.
“Kebanyakannya sementara dan emosional,” ciap seorang pengguna Twitter.
Sebelum ini, nama Noh hangat diperkatakan selepas memegang seputung rokok ketika membuat ketika memperagakan pakaian sebuah jenama di pentas Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022.

