Wanita palsukan aduan dirogol pemandu e-hailing gara-gara dimarahi keluarga selepas pulang lewat

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SEORANG wanita berdepan tindakan undang-undang selepas membuat laporan menjadi mangsa rogol pemandu e-hailing dan dipaksa melakukan seks luar tabii sebelum polis mendapati ianya palsu.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan berkata, wanita tempatan berusia 25 tahun itu berbuat demikian kerana dimarahi keluarga selepas pulang lewat.

“Pengadu perempuan warga tempatan melaporkan bahawa telah dirogol dan dipaksa melakukan hubungan seks luar tabii di kawasan Jalan Pulai Perdana, Kangkar Pulai, Johor.

Baca artikel lain: Amaran hujan tahap bahaya dikeluarkan untuk Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

“Hasil siasatan mendapati pengadu telah membuat laporan palsu kerana telah dimarahi oleh pihak keluarganya apabila pulang lewat ke rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Kumarasan berkata, keterangan wanita itu sudah diambil untuk siasatan lanjut dan mengingatkan orang ramai supaya tidak membuat laporan palsu.

“Perbuatan membuat laporan palsu adalah kesalahan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya,” katanya lagi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

FacebookTwitterWhatsAppTelegramLinkedInCopy LinkShare


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jaslinda ditemui selamat berhampiran Pos Musoh

MISTERI pendaki wanita yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih sejak 23 Mei lalu akhirnya...

More Articles Like This