MetMalaysia keluar amaran ribut tropika landa Semenanjung

Dari Penulis

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut tropika yang dijangka bergerak ke arah Timur Tenggara dengan kelajuan 24 kilometer perjam (km/j).

Menurut MetMalaysia, ribut tropika dikesan berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 99.9° Timur.

Malah jelasnya, ia boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 56 km/j.

“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di Semenanjung,” jelasnya dalam kenyataan.

Untuk itu MetMalaysia menasihatkan orang ramai agar bersiap sedia menghadapi episud hujan lebat Monsun Timur Laut.

“Mereka juga perlu peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan oleh MetMalaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638,” katanya.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This