SITUASI banjir di sembilan negeri menyaksikan jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) menurun kepada 26,949 orang setakat pukul 11.19 pagi tadi.
Jumlah tersebut menyusut berbanding 29,457 mangsa semalam.
Sembilan negeri yang terjejas disebabkan bencana banjir yang melanda ialah Kelantan; Selangor; Perlis; Kedah; Terengganu; Perak; Pahang; Negeri Sembilan dan Melaka.
Berdasarkan maklumat Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), jumlah keseluruhan itu melibatkan 8,789 keluarga yang kini mendapatkan perlindungan di 252 PPS.
PERAK merekodkan jumlah mangsa banjir tertinggi setakat ini merangkumi 5,406 orang daripada 1,629 keluarga.
Sebanyak 44 PPS telah dibuka dengan daerah Manjung merupakan kawasan paling terjejas.
Seramai 2,256 mangsa daripada 685 keluarga telah dipindahkan ke 18 PPS di Manjung diikuti 1,434 orang di daerah Perak Tengah.
Keadaan banjir di KELANTAN mula memperlihatkan penurunan apabila 5,169 mangsa masih ditempatkan di 40 PPS di lapan daerah negeri tersebut.
Lapan daerah yang terjejas itu ialah Kota Bharu; Pasir Mas; Tumpat; Bachok; Tanah Merah; Kuala Krai; Machang dan Gua Musang.
Baca artikel lain: Pelajar, pensyarah UUM terkandas akibat banjir di Hatyai berjaya diselamatkan
Sementara itu, daerah Kemaman di TERENGGANU menjadi kawasan paling terjejas di negeri itu dengan merekodkan 1,707 mangsa daripada 436 keluarga.
Ia diikuti daerah Marang yang memperlihatkan 1,315 mangsa masih mendapatkan perlindungan di 10 PPS ketika ini.
Di KEDAH pula, seramai 4,160 mangsa banjir telah dipindahkan di 24 PPS yang dibuka di tiga daerah iaitu Kota Setar, Kubang Pasu dan Pokok Sena.
Daerah Kubang Pasu merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 2,274 orang daripada 778 keluarga.
Di PERLIS, terdapat 3,576 mangsa banjir membabitkan 1,432 keluarga yang ditempatkan di 23 PPS iaitu di Kangar, Padang Besar dan Arau.
Bagi SELANGOR pula, seramai 2,892 mangsa daripada 766 keluarga ditempatkan di 18 PPS membabitkan empat daerah iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam, Klang dan Sepang.
PAHANG mencatatkan seramai 715 mangsa banjir daripada 236 keluarga yang ditempatkan di 25 PPS membabitkan daerah Kuantan, Lipis, Maran dan Raub.
Dalam pada itu, sebanyak tiga PPS telah dibuka di NEGERI SEMBILAN bagi menempatkan mangsa-mangsa banjir.
Seramai 112 mangsa daripada 28 keluarga telah ditempatkan di PPS di dua daerah iaitu Seremban dan Port Dickson.
Banjir di MELAKA pula menyaksikan satu PPS telah dibuka bagi menempatkan 11 orang mangsa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

