PERATUSAN keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, hari ini mencatatkan 56.78 peratus setakat pukul 3 petang tadi.
Perkara itu dimaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam kemas kini terbaharu peratusan keluar mengundi bagi PRN Sabah yang dimuat naik dalam media sosial.
Jumlah tersebut merangkumi 989,551 orang daripada lebih 1.76 juta pengundi biasa yang layak mengundi.
Kadar itu sedikit menurun berbanding 59.09 peratus atau 652,140 orang semasa PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020.
Selasa lalu, sebanyak 92.5 peratus atau 17,615 pengundi tentera dan polis serta pasangan masing-masing selesai melaksanakan tugas sebagai pengundi awal.
Semua 882 pusat mengundi di seluruh negeri dengan 3,558 saluran mengundi akan dibuka serentak pada jam 7.30 pagi tadi sebelum ditutup secara berperingkat bermula jam 12 tengah hari hingga 5.30 petang.
Baca artikel lain: PRN Sabah: 39.37 peratus sudah keluar mengundi setakat 12 tengah hari
SPR menjangkakan keputusan awal pengundian dapat diumumkan kira-kira 10 malam, namun ia bergantung kepada keadaan cuaca semasa.
Bagaimanapun, SPR akan berusaha memastikan keputusan penuh dapat diumumkan sekitar pukul 12 tengah malam.
Pada masa sama, jumlah keluar mengundi dalam PRN Sabah kali ini dijangka melebihi 60 peratus bergantung kepada keadaan cuaca.
Semasa PRN ke-16 pada 2020, peratusan keluar mengundi adalah sebanyak 66.61 peratus.
Dalam PRN kali ini, sebanyak 596 calon bertanding di 73 kerusi DUN yang terdiri daripada 525 lelaki dan 71 wanita.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

