TIMBALAN Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin berjaya merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bongawan dalam saingan sembilan penjuru pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 kali ini.
Keputusan tidak rasmi menyaksikan Mohamad yang juga Ahli Parlimen Kimanis menewaskan bekas Menteri Luar, Tan Sri Anifah Aman yang mewakili Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan penyandang kerusi tersebut iaitu Dr Daud Yusof yang mewakili Parti Warisan.
Sebagai rekod, Anifah yang juga Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) pernah bertanding di kerusi sama dalam PRN Sabah ke-16 pada tahun 2020.
Beliau ketika itu tewas kepada Daud dengan majoriti 1,802.
Baca artikel lain: (TIDAK RASMI) PRN SABAH: Ronald Kiandee tewas di kerusi DUN Sugut
Anifah pernah menjawat jawatan Menteri Luar antara tahun 2009 hingga 2018 di bawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri.
Daud pula berjaya merampas kerusi tersebut daripada Mohamad dengan majoriti 795 pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) 2018.
Selain tiga nama besar itu, DUN Bongawan turut menyaksikan kehadiran calon dari Perikatan Nasional (PN); Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM); Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS): Parti Impian Sabah (PIS); Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) dan seorang calon Bebas.
PN mempertaruhkan Ridzuan Agus Payong; Peter Matinjal mewakili KDM manakala Hussin Dasar @ Esah menjadi calon PPRS di kerusi tersebut.
Sementara itu, Royston Adven menjadi calon PIS diikuti Dolores Michael untuk STAR dan calon Bebas iaitu Md Haris Md Tahir.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

