Polis siasat penunggang Yamaha XMax baling batu ke arah kereta

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung tindakan seorang penunggang motosikal jenis Yamaha XMax yang didakwa membaling batu ke arah sebuah kereta di sekitar Taman Bukit Indah, Johor Bahru, pagi semalam.

Kejadian yang turut tular dalam Facebook sejak semalam menerusi video berdurasi 24 saat itu memaparkan dua individu dilihat mengejar penunggang motosikal yang didakwa membaling batu ke arah kereta mereka.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner M Kumarasan memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan berhubung kejadian tersebut daripada seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 30 tahun.

Menurut Kumarasan, kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 8.20 pagi semasa pengadu sedang memandu kereta di Lebuhraya Link Kedua dari arah Plaza Tol Perling menghala ke Taman Bukit Indah.

“Insiden itu berlaku ketika pengadu telah membunyikan hon terhadap motosikal Yamaha XMax itu yang telah mengubah haluan secara mengejut.

Baca artikel lain: Cuba rempuh kenderaan polis dan pandu lawan arus di PLUS, pemandu lori positif syabu ditahan

“Penunggang motosikal itu kemudiannya bertindak mengejar kereta milik pengadu dan membaling batu sekali gus menyebabkan cermin bahagian belakang kereta itu pecah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Kumarasan memberitahu, kejadian itu dipercayai berlaku di sekitar Taman Bukit Indah.

Sehubungan itu, beliau berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan iaitu melakukan khianat.

Pada masa sama, Kumarasan berkata, kes itu turut disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu memandu secara melulu dan berbahaya.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes itu untuk menyalurkan ke balai polis berhampiran atau pusat kawalan Daerah Iskandar Puteri di talian 07-5113622 atau talian hotline 07-511446.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This