Budaya pemberian wang undi akan merosakkan sistem pilihan raya – Tuan Ibrahim

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

BUDAYA pemberian wang undi yang juga disebut sebagai ‘bom’ akan merosakkan sistem pilihan raya sekiranya tidak dibendung dan dinormalisasikan.

Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa, pemberian wang undi pada hari-hari terakhir kempen masih berlaku secara terbuka dalam setiap pilihan raya.

Katanya, pelanggaran peraturan seperti penggunaan jentera kerajaan, pengumuman projek ketika tempoh kempen, jamuan rakyat dan pelbagai bentuk pengagihan lain juga semakin berleluasa.

“Perkara ini sememangnya salah dan perlu diberi perhatian lebih serius. Tindakan perlu diambil tanpa perlu menunggu petisyen pilihan raya. Malangnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum bertindak tegas.

“Lebih menghairankan, badan pengawasan pilihan raya seperti BERSIH yang dahulunya lantang namun kini agak senyap dalam isu serius ini. Mungkin kerana majoriti pelanggaran dilakukan oleh pihak kerajaan,” katanya dalam kenyataan.

Baca artikel lain: “Saya komited bantu kerajaan dalam apa jua kapasiti,” kata Tengku Zafrul

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata, walaupun ada yang sedar sogokan mempengaruhi sebahagian keputusan pengundi, beliau percaya masih ramai pengundi yang menolak budaya tersebut walaupun mereka menerimanya.

Dalam masa yang sama, katanya, Pas yang bertanding enam kerusi mewakili Perikatan Nasional (PN) perlu terus mendekati rakyat.

Beliau berkata, Pas Sabah perlu memperbanyakkan cawangan, menambah keahlian dan menampilkan tokoh yang berwibawa.

“Pemimpin Pas mesti berada bersama denyut nadi rakyat, bukan hanya ketika kempen, tetapi sepanjang masa susah dan senang. Budaya politik matang dan sejahtera harus menjadi rangka kerja kita dalam berdakwah dan bersiyasah.

“Saya yakin masa depan Pas dan PN di Sabah akan menjadi lebih baik, Insya-Allah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Landskap politik berubah jika Onn Hafiz bawa BN menang PRN Johor – Hassan Karim

LANDSKAP politik negara disifatkan bakal berubah sekiranya Datuk Onn Hafiz Ghazi berjaya membawa Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya...

More Articles Like This