RANG Undang-Undang (RUU) Antibuli 2025 merupakan satu komitmen dan iltizam politik yang kuat serta tegas oleh Kerajaan Madani dalam menghadapi gejala sosial tersebut.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, ia bukan sahaja reformasi undang-undang yang penting tetapi adalah usaha berterusan untuk membanteras gejala buli dalam masyarakat.
“Kerja keras merentas kementerian ini telah berlangsung berbulan lamanya dengan libat urus serta partisipasi daripada pelbagai lapisan masyarakat.
“Terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbang saran dan anak-anak yang telah bersuara dalam sesi ini.
“Nothing about us, without us. Terima kasih seluhurnya buat anak-anak yang telah bersuara. We will do better! Mesej RUU ini jelas. Mengangkat martabat insan dan mempertahankan maruah insan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.
Baca artikel lain: Tengku Zafrul galas tugas Pengerusi MIDA untuk tempoh 2 tahun – PMO
Dewan Rakyat hari ini meluluskan RUU Antibuli 2025, bagi mencegah dan menguruskan kes buli di institusi pendidikan serta institusi lain, selain menyediakan peruntukan bagi penubuhan Tribunal Antibuli bagi meningkatkan kesedaran dan pencegahan terhadap gejala terbabit.
Kelulusan RUU itu diumumkan Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau, selepas ia dibahaskan oleh 27 Ahli Parlimen.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata penggubalan akta itu penting bagi memberikan keyakinan kepada kanak-kanak bahawa mereka mempunyai laluan bagi perlindungan dalam aspek undang-undang.
Beliau berkata, Tribunal Antibuli yang ditubuhkan di bawah RUU itu mempunyai kuasa luas dalam menetapkan sesuatu perintah atau ‘award’ termasuk dalam aspek membayar balik mangsa bagi perbelanjaan munasabah yang ditanggung akibat buli.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

