Tiada salah guna kuasa dalam Ops Songsang – Ketua Polis KL

Dari Penulis

POLIS menafikan dakwaan salah guna kuasa atau tindakan sengaja melewatkan proses pelepasan tahanan ‘Op Songsang’ sehingga melebihi tempoh 24 jam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kehadiran jumlah peguam yang ramai dan prosedur dokumentasi sistem yang memakan masa menjadi punca prosiding berlarutan hingga ke malam.

“Proses undang-undang dan dokumentasi selepas serbuan di sebuah premis di Jalan Chow Kit, Jumaat lalu berjalan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan,” katanya seperti dilapor Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Program Merentasi Cabaran, Memacu Kesejahteraan di Pusat Konvensyen HGH, hari ini.

Fadil menjelaskan, serbuan bermula pada pukul 8 malam dan proses awal di tempat kejadian serta di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) mengambil masa yang panjang sehingga laporan polis rasmi selesai dibuat pada jam 12 tengah hari keesokannya.

Baca artikel lain: PM sedang putuskan senarai menteri dan timbalan menteri – PMO

“Tempoh yang didakwa sebagai kelewatan itu sebenarnya adalah proses kritikal yang tidak dapat dielakkan.

“Selepas kertas siasatan lengkap pada jam 1 tengah hari, kita perlu memasukkan data permohonan reman ke dalam sistem bermula jam 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyangkal dakwaan kononnya polis sengaja mendedahkan identiti tahanan sehingga menjejaskan kerjaya mereka.

“Siasatan polis adalah sulit dan sebarang maklumat rasmi hanya berkisar fakta kes umum tanpa mendedahkan butiran peribadi secara spesifik.

“Isu menafikan hak individu tidak timbul kerana kami menjalankan tanggungjawab mengikut Perlembagaan demi menjaga keselamatan awam,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Anwar mohon maaf tak dapat hadir majlis penghormatan terakhir Ayatollah Ali Khamenei

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi merakamkan ucapan takziah kepada kerajaan dan rakyat Iran atas pemergian Allahyarham...

More Articles Like This