Usul gantung Takiyuddin selama enam bulan ditangguhkan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

USUL untuk menggantung Datuk Seri Takiyuddin Hassan (PN-Kota Bharu) daripada menghadiri Sidang Dewan Rakyat selama enam bulan ditangguhkan ke sesi akan datang.

Keputusan itu diumumkan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah ketika menggulung usul tersebut, hari ini.

“…kita memahami selepas kita dengar hujah daripada semua (Ahli Parlimen) dan menimbang hujah-hujah diberikan, yang diutarakan.

“Maka kita bagi pihak kerajaan mohon usul ini ditangguhkan dan dibawa ke sesi (Dewan Rakyat) akan datang,” katanya.

Usul tersebut susulan kenyataan Takiyuddin yang mengaitkan latihan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) di Masjid Rusila, Marang dengan peristiwa Memali.

Mengulas mengenai perkara itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul berkata, beliau akan menentukan nanti sama ada sesi pengundian dijalankan atau tidak nanti.

“Baik-baik jangan ada lagi yang negatif. Sekarang (usul) ditangguhkan.

“Insya-Allah saya akan dapat apa juga keputusan selepas itu sama ada pengundian diteruskan atau tidak. Tapi isunya (usul berkenaan) ditangguhkan” katanya.

Terdahulu, Takiyuddin yang juga Ketua Whip Perikatan Nasional (PN) meminta supaya usul menggantungnya selama enam bulan dipinda supaya dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Menurut Takiyuddin, beliau bersedia dan menuntut hak sebagai ahli Parlimen untuk dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Sebelum itu, Dewan Rakyat kecoh selepas beberapa wakil pembangkang membantah usul dibawa menteri bagi menggantung Takiyuddin susulan dakwaan bahawa latihan Maritim Malaysia disamakan dengan peristiwa Memali.

Baca artikel lain: ‘Berikan saya prosiding adil, hak untuk bersuara dan mempertahankan diri’ – Takiyuddin

Beberapa Ahli Parlimen PN bangkit termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin berikutan tidak bersetuju terhadap tindakan terbabit yang didakwa tidak mengikut peraturan mesyuarat.

Selain Hamzah, dua lagi Ahli Parlimen pembangkang, Datuk Seri Ronald Kiandee (PN-Beluran) dan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) turut mempertikaikan peraturan mesyuarat mana yang membolehkan tindakan usul dibawa menteri itu.

Ronald turut mempersoalkan sebab Takiyuddin tidak dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen terlebih dahulu, sebelum usul terbabit dibentangkan.

Berdasarkan usul berkenaan, Takiyuddin dicadangkan untuk digantung daripada sidang Dewan Rakyat selama enam bulan susulan kenyataannya berhubung satu kejadian yang membabitkan Maritim Malaysia di Masjid Rusila dekat Marang, Terengganu, yang dikaitkan dengan peristiwa Memali di Baling, Kedah pada 1985.

Cadangan penggantungan itu terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat (AUM) Dewan Rakyat yang disiarkan di laman web Parlimen sejak semalam.

Melalui maklumat dikongsi AUM itu, usul berkenaan menyatakan Takiyuddin dalam ucapannya mengaitkan kejadian di Masjid Rusila dengan Peristiwa Memali pada 1985, serangan terhadap tempat ibadat dan percubaan untuk menakutkan rakyat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Saluran RTM akan terus bersiaran di platform Astro

RAKYAT Malaysia akan terus dapat menikmati saluran televisyen utama Radio Televisyen Malaysia (RTM) iaitu TV1, TV2 dan TV Okey...

More Articles Like This