PN gesa tubuh jawatankuasa khas bertaraf RCI siasat perjanjian mega RM1.1 bilion

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERIKATAN Nasional (PN) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa khas siasatan bertaraf Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat perjanjian mega antara kerajaan pusat dengan sebuah syarikat asing dianggarkan bernilai RM1.1 bilion.

Ketua Whip PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan memaklumkan, ahli-ahli Parlimen PN terkejut dan bimbang susulan laporan media berkaitan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Menurut Takiyuddin, jawatankuasa khas siasatan bertaraf RCI diketuai seorang bekas hakim mahkamah atasan perlu diwujudkan segera bagi menyiasat perkara tersebut.

Kata beliau, perkara itu amat serius apatah lagi maklumat daripada beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendakwa bahawa perjanjian itu melibatkan seorang bekas menteri kanan dalam pentadbiran semasa.

“Langkah tegas dan segera amat perlu diambil jika kerajaan benar-benar serius dan komited dalam usaha memerangi rasuah dan salah laku hingga ke akar umbi.

“Kerajaan tidak boleh berdiam diri atau berlindung di sebalik prosedur dan retorik semata-mata. Rakyat berhak mengetahui kebenaran dan fakta sebenar,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Kes Tembak Durian Tunggal: PDRM sedang tunggu laporan agensi berkaitan – KPN

Mengulas lanjut, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas menegaskan, angka RM1.1 bilion itu bukan kecil, malah merupakan dana awam dan melibatkan kepercayaan orang ramai terhadap integriti sistem pentadbiran kerajaan.

“Kegagalan bertindak tegas dan telus hanya akan menguatkan persepsi bahawa terdapat usaha untuk menyembunyikan atau melindungi sesuatu atau seseorang.

“PN akan terus memantau perkara ini secara dekat bagi memastikan prinsip-prinsip ketelusan, akauntabiliti dan integriti ditegakkan tanpa kompromi,” katanya.

Sebelum ini, SPRM dilapor membuka kertas siasatan berhubung satu perjanjian antara Kerajaan Malaysia dengan sebuah syarikat asing yang dianggarkan bernilai RM1.1 billion.

Ia susulan beberapa aduan yang dibuat oleh beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berhubung perjanjian yang dikatakan dibuat secara tergesa-gesa dan berat sebelah sehingga dijangka memberikan kesan kepada Kerajaan.

Berdasarkan aduan dan dokumen yang diserahkan oleh beberapa pihak, SPRM juga mendapatkan beberapa dokumen berkaitan perjanjian ini pada 13 Februari 2026 yang lalu dari Kementerian Ekonomi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

6 termasuk bayi maut dalam kemalangan dengan lori muatan tanah di Sungai Petani

ENAM maut termasuk seorang bayi selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah lori muatan...

More Articles Like This