‘Jangan pandang rendah UIAM, lahirkan ramai pemimpin’, Fahmi bidas Takiyuddin

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TINDAKAN mempertikaikan pemilihan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) untuk melaksanakan kajian syor pelaksanaan pilihan raya pemilihan Datuk Bandar Kuala Lumpur disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

Malah, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil menyifatkan kenyataan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Takiyuddin Hassan berhubung isu tersebut dilihat memandang rendah UIAM sebagai satu institusi pendidikan yang penting.

Menurut Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan Perpaduan, UIAM telah melahirkan ramai pemimpin bukan hanya di dalam tetapi juga luar negara.

“Saya kesal ada pihak mempertikaikan keupayaan UIAM untuk melakukan kajian ini.

“Bagi saya itu satu sikap yang tidak baik oleh ahli politik ini, dia sepatutnya melihat UIAM sebagai satu institusi pendidikan yang mampu melakukan kajian dan bagi saya, itu satu sikap yang sangat buruk.

“Sangat tak bertanggungjawab dan dia memandang rendah satu institusi yang sangat penting yang melahirkan ramai, bukan hanya pemimpin dalam negara kita, malah pemimpin di negara lain,” katanya dalam sidang media pasca mesyuarat Kabinet, hari ini.

Tidak dibincang dalam mesyuarat Kabinet

Sementara itu, Fahmi memaklumkan, mesyuarat Kabinet tidak membincangkan tentang cadangan mengenai pelaksanaan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) atau Datuk Bandar Kuala Lumpur.

Baca artikel lain: Tiada jaminan Pilihan Raya Datuk Bandar KL bawa perkhidmatan, governans baik – Takiyuddin

Namun begitu, kata beliau, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh ada memaklumkan secara lisan mengenai isu terbabit.

“Beliau cuma memaklumkan bahawa ada satu kajian yang sedang dilakukan oleh pihak UIAM dan belum ada apa-apa yang boleh dibentang kepada Jemaah Menteri untuk dibincangkan.

“Jadi ia cuma pemakluman (secara) lisan, bukan melalui nota ataupun memorandum Jemaah Menteri,” katanya.

Semalam, Takiyuddin yang juga Setiausaha Agung Pas mempersoalkan keputusan kerajaan memilih UIAM untuk menjalankan kajian terbabit.

Beliau menegaskan, kerajaan perlu menjelaskan faktor pemilihan universiti itu kerana ada banyak institusi pengajian tinggi lain mempunyai kepakaran dalam bidang berkaitan.

“Kami nak tahu kenapa pilih UIAM? Terdapat banyak lagi universiti lebih senior di negara ini, misalnya Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sebagainya atau boleh digabungkan beberapa universiti.

“Jangan tolak tepi Universiti Teknologi Mara (UiTM) juga, itu universiti yang sangat senior,” ujar beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This