Bekas anggota polis antara enam ditahan, sindiket dadah jadikan parkir pasar raya lokasi transaksi tumpas

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

BEKAS anggota polis antara enam individu yang ditahan dalam dua serbuan ke atas sindiket yang menjadikan parkir bawah tanah sebuah pasar raya sebagai lokasi transaksi pengedaran dadah.

Kedua-dua serbuan itu membawa kepada rampasan dadah jenis methamphetamine dan ketamin bernilai RM13.8 juta.

Selain bekas anggota polis itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut menahan lima lagi dalam lingkungan antara 26 hingga 46 tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan (tengah) bersama pegawainya menunjukkan dadah jenis Methaphetamine dan Ketamin bernilai RM13.8 juta yang dirampas selepas polis berjaya menahan enam suspek termasuk seorang bekas anggota polis yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah sekitar lembah klang ketika mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan memaklumkan, bekas anggota polis itu telah dibuang kerja pada tahun 2015 atas masalah disiplin berulang dilakukannya sebelum ini.

Menurut beliau, bekas anggota polis itu adalah antara lima suspek yang ditahan dalam serbuan pertama di kawasan parkir bawah tanah pasar raya di Petaling Jaya.

“Pemeriksaan telah dijalankan ke atas sebuah kenderaan jenis Toyota Alphard dan dua buah kereta jenis Perodua Myvi di kawasan parkir bawah tanah pasar raya tersebut.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengadakan sidang media kejayaan polis menahan enam suspek termasuk seorang bekas anggota polis dan merampas dadah jenis Methaphetamine dan Ketamin bernilai RM13.8 juta serta berjaya membanteras sindiket pengedaran dadah sekitar lembah klang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Hasil pemeriksaan itu berjaya menemukan 17 guni berisi 263 bungkusan plastik disyaki dadah jenis methamphetamine seberat 273 kilogram.

“Selain itu, polis juga telah merampas enam guni berisi 98 bungkusan plastik disyaki dadah jenis ketamin seberat 101 kilogram. Nilai pasaran dadah ini dianggarkan berjumlah RM13.8 juta,” katanya dalam sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, serbuan kedua pula dilakukan di pekarangan sebuah stesen minyak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Simpang Pulai, Perak.

Katanya, serbuan itu membawa kepada penangkapan suspek keenam yang berperanan sebagai peninjau tetapi tiada barang salah ditemukan dalam kenderaan miliknya.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengadakan sidang media kejayaan polis menahan enam suspek termasuk seorang bekas anggota polis dan merampas dadah jenis Methaphetamine dan Ketamin bernilai RM13.8 juta serta berjaya membanteras sindiket pengedaran dadah sekitar lembah klang di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: 78,674 orang belia terlibat dadah bagi tempoh Januari hingga Jun 2025

Beliau memberitahu, siasatan mendapati bekalan dadah itu dibawa masuk dari negara jiran di sebelah utara melalui Perlis menggunakan ‘laluan tikus’.

“‘Laluan tikus’ itu hanya boleh dilalui oleh kenderaan pacuan empat roda.

“Bekalan itu dibawa ke Lembah Klang untuk pasaran tempatan dan dianggarkan mampu menampung kegunaan seramai 1.7 juta penagih,” katanya.

Hussein menjelaskan, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek pertama dan kedua positif dadah jenis ganja, manakala suspek ketiga dan keempat positif methamphetamine.

Antara kenderaan suspek yang dirampas selepas polis berjaya menahan enam suspek termasuk seorang bekas anggota polis yang terlibat dalam sindiket pengedaran dadah sekitar lembah klang ketika Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Hussein Omar Khan mengadakan sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Semakan rekod jenayah mendapati suspek kedua hingga keenam mempunyai rekod lampau, termasuk suspek keempat yang mempunyai 12 rekod kes dadah dan empat kes jenayah,” katanya.

Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Selasa lepas hingga Ahad bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Jelasnya, selain dadah, polis turut menyita aset sindiket bernilai RM140,000 yang terdiri daripada dua kenderaan pacuan empat roda dan sebuah kenderaan utiliti sukan.

Polis menegaskan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti pengedaran dadah yang menjadi musuh nombor satu negara, katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

16 bekas tentera mula bertugas sebagai warden MRSM

SERAMAI 16 orang bekas tentera telah mula melaporkan diri sebagai warden Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) mulai Isnin lalu. Pengerusi...

More Articles Like This