Banyak kemungkinan dalam kes kehilangan dua kanak-kanak perempuan di Kuching – Bomba

Dari Penulis

JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Petra Jaya tidak menolak pelbagai kemungkinan termasuk culik berhubung kehilangan dua kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Kampung Pasir Pandak, Kuching, Sarawak.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya, Mohd Adib Ibrahim berkata, terdapat jejak serta kenyataan saksi yang masih samar, menyebabkan pihaknya mengambil kira semua kemungkinan, termasuk kejadian culik.

Menurut Mohd Adib, ketika waktu kejadian, kawasan kampung berkenaan menerima kemasukan ramai pengunjung.

“Sebab ini adalah hujung minggu dan kawasan ini adalah tumpuan orang datang hujung minggu, kita tidak boleh menolak culik itu adalah kemungkinan besar,” katanya memetik laporan RTM Sarawak.

Untuk rekod, setakat 12 tengah malam tadi, lebih 50 penduduk kampung terlibat dalam operasi mencari Humaira Qalesya dan Nur Ashafieya Aisyah, masing-masing berusia lima tahun.

Pencarian turut meliputi kawasan bukit, tepi pantai dan anak sungai, namun terpaksa dihentikan disebabkan jarak penglihatan yang terhad serta cuaca buruk.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This