Tiga warga China tiada rekod kemasukan sah ditahan di KLIA

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

AGENSI Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) KLIA menahan tiga lelaki warganegara China di Balai Pelepasan Antarabangsa KLIA Terminal 1 selepas disyaki memasuki negara ini tanpa rekod kemasukan yang sah.

AKPS KLIA dalam kenyataan memaklumkan, tangkapan dilakukan sekitar jam 7.20 malam oleh pegawai bertugas di Balai Pelepasan Antarabangsa.

Menurut AKPS KLIA, ketiga-tiga individu tersebut dijadualkan berlepas ke Pudong menaiki penerbangan China Eastern Airlines pada jam 9.30 malam semalam.

“Hasil pemeriksan mendapati tiada cap masuk terkini dalam pasport kesemua subjek. Semakan lanjut melalui sistem menunjukkan bahawa mereka mempunyai cap kemasukan yang tidak direkod dalam sistem.

“Ketiga-tiga lelaki itu telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63. Mereka kemudiannya dihantar ke Depot Imigresen KLIA untuk siasatan lanjut,” jelas AKPS KLIA.

AKPS KLIA menambah, agensi itu akan terus memperkukuh kawalan, pemantauan dan pemeriksaan di semua pintu masuk negara bagi memastikan keselamatan dan integriti sempadan sentiasa terpelihara.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kos PRN bukan untuk ‘dibahagi’ kepada rakyat, kata Reezal Merican

DAKWAAN bahawa kos penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor boleh diagihkan terus kepada rakyat disifatkan sebagai kenyataan populis yang...

More Articles Like This