ANGKA kematian akibat daripada kebakaran sebuah bangunan pejabat tujuh tingkat di Jakarta, Indonesia meningkat kepada 22 orang setakat ini.
Pihak berkuasa berkata, kebakaran dipercayai berpunca daripada letupan bateri drone di tingkat bawah bangunan sebelum api marak merebak ke tingkat lain.
“Walau bagaimanapun, punca utama kebakaran masih lagi dalam siasatan pasukan forensik.
“Pasukan berkenaan sangat komited dalam menjalankan siasatan berhubung kebakaran berkenaan,” kata Ketua Polis Jakarta, Susatyo Purnomo Condro.
Susatyo berkata, antara mereka yang terkorban adalah 15 orang wanita termasuk seorang wanita hamil.
Baca artikel lain: Bicara kes rasuah Albert Tei ditetapkan 20 – 24 April tahun depan
Seorang saksi mendakwa, kebakaran berlaku pada waktu makan tengah hari dan mula merebak ketika pasukan bomba tiba di lokasi kejadian.
“Semua pintu ditutup, ketika pasukan bomba cuba masuk ke dalam kebakaran sudah menjadi besar dengan nyalaan api marak,” katanya.
Sekurang-kurangnya 100 orang anggota bomba dan trak kebakaran digerakkan ke lokasi kejadian yang berlaku di daerah sibuk, Kemayoran. – AFP
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

