BERKUAT kuasa 8 Disember lalu, Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang baharu.
Pelantikan dibuat oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Tiong King Sing selaras dengan kuasa yang diberikan di bawah Seksyen 10 (1) Akta 481: Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia 1992.
Mohd Amirul Rizal dilantik ke jawatan tersebut bagi menggantikan Datuk Manoharan Periasamy yang bersara wajib pada 6 Disember lalu.
Beliau merupakan pemegang Ijazah Sarjana Pengurusan Pelancongan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Mohd Amirul Rizal memulakan kerjayanya bersama Tourism Malaysia pada 2 September 2002 dan sejak itu telah memegang pelbagai portfolio dalam pemasaran dan promosi pelancongan negara.
Baca artikel lain: Tidak perlu iktiraf UEC selagi tak tepati aspirasi nasional
Beliau pernah berkhidmat di Bahagian Penyelidikan sebelum menyandang jawatan sebagai Pengarah Pejabat Negeri Tourism Malaysia Terengganu dan Pengarah Pejabat Luar Negeri Tourism Malaysia Seoul, Korea Selatan pada tahun 2008.
Beliau juga pernah berkhidmat di Bahagian Promosi Domestik dan Acara, Bahagian Promosi Antarabangsa (Asia & Afrika) serta yang terkini sebagai Pengarah Kanan Bahagian Pengiklanan & Digital.
Selain itu, beliau turut memainkan peranan penting sebagai Ketua Sekretariat Visit Malaysia 2026 (VM2026).
Selain tanggungjawab penting dalam Tourism Malaysia, beliau juga aktif berpersatuan dan dilantik sebagai Presiden Kelab Rekreasi Tourism Malaysia, menunjukkan kepimpinan seimbang dalam aspek strategik, operasi dan pemerkasaan warga kerja.
Dengan pengalaman selama 23 tahun dalam pelbagai aktiviti pemasaran dan promosi pelancongan, pelantikan diyakini akan memperkukuh perkembangan industri pelancongan negara dalam usaha menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan unggul diperingkat global menjelang Visit Malaysia 2026 (VM2026).
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

