KERAJAAN Negeri Pahang beriltizam terus mempertahankan kestabilan politik sedia ada serta menolak sebarang bentuk perpecahan yang boleh menggugat kemakmuran negeri.
Memasuki tahun 2026, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memaklumkan, Gagasan Aspirasi Pahang 1st akan terus diperkukuh sebagai teras utama pentadbiran dan pembangunan negeri.
Menurut beliau, prinsip ‘Rakyat Didahulukan, Kemakmuran Dipertahankan’ akan diterjemah melalui dasar, program dan tindakan yang nyata.
“Tahun 2026 juga akan menyaksikan usaha berterusan kerajaan negeri untuk memperkasa ekonomi rakyat, mencipta peluang pekerjaan, memperkukuh syiar Islam, memelihara alam sekitar serta meningkatkan kecekapan tadbir urus.
“Marilah kita melangkah ke tahun 2026 dengan azam yang kukuh demi masa depan negeri Pahang yang aman, makmur dan sejahtera serta dirahmati Allah SWT,” katanya dalam perutusan sempena Tahun Baharu 2026.
Baca artikel lain: ‘Jika mahu berkawan, berkawanlah dengan adab dan keikhlasan’, Wan Rosdy kecam kenyataan biadab Bee Yin
Mengulas lanjut, Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai menyifatkan tahun 2025 ini berjaya diharungi dengan cemerlang.
Katanya, pelbagai kejayaan, cabaran dan ujian yang berjaya diharungi Kerajaan Negeri Pahang hasil daripada kestabilan politik dan perpaduan rakyat.
“Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan rahmat-Nya, kita melabuhkan tirai tahun 2025 dengan penuh warna-warni dan melangkah ke tahun 2026 dengan penuh keinsafan, harapan dan tekad yang teguh.
“Kestabilan ini membolehkan Kerajaan Negeri Pahang mentadbir secara konsisten, melonjak ekonomi negeri serta melaksanakan dasar dengan berkesan serta memastikan kebajikan rakyat terus menjadi keutamaan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

