2026 lembaran penting melangkah dengan ‘Semangat Malaysia MADANI’ – Ramanan

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

TAHUN Baharu 2026 disifatkan sebagai lembaran penting buat seluruh rakyat Malaysia memperbaharui azam dan tekad dalam membina sebuah negara yang sejahtera dan makmur dengan ‘Semangat Malaysia MADANI’.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, tahun baharu bukan sahaja membawa harapan baharu, malah menjadi ruang muhasabah terhadap perjalanan negara.

Pada masa sama, beliau yang juga Naib Presiden PKR menegaskan, tahun 2026 juga menjadi ruang memikul tanggungjawab bersama untuk melangkah lebih jauh dalam agenda pembangunan nasional yang inklusif dan berteraskan nilai kemanusiaan.

Menurut Ramanan, komitmen untuk memperkukuh pembangunan modal insan negara akan terus menjadi keutamaan.

“Ia penting khususnya melibatkan kebajikan pekerja, penyediaan peluang pekerjaan yang berkualiti, peningkatan kemahiran serta perlindungan sosial yang menyeluruh.

“Setiap dasar dan inisiatif akan terus digerakkan dengan berpaksikan prinsip keadilan sosial, keterangkuman dan kemanusiaan selaras dengan kerangka Malaysia MADANI,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel lain: Kerajaan peruntuk RM30 juta untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil – Ramanan

Mengulas lanjut, Ramanan yang juga Ahli Parlimen Sungai Buloh berkata, Kerajaan MADANI di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan terus memastikan tiada mana-mana komuniti tercicir daripada arus pembangunan negara.

Beliau yang turut dipertanggungjawabkan untuk menjaga hal ehwal komuniti India turut menegaskan bahawa komuniti tersebut sebagai sebahagian penting daripada kemajmukan dan sejarah pembinaan negara.

Katanya, hal ehwal komuniti India juga akan terus diberi perhatian melalui pendekatan yang lebih menyeluruh, bersasar dan berimpak tinggi khususnya dalam aspek sosioekonomi, pendidikan, kemahiran serta peluang pekerjaan.

“Keinklusifan Malaysia MADANI ini merangkumi kebahagiaan, kesejahteraan dan kemakmuran semua kaum di Malaysia.

“Justeru, usaha memperkukuh hubungan antara kerajaan, majikan, pekerja dan masyarakat akan terus dipertingkatkan bagi membina ekosistem pekerjaan yang mampan, progresif dan berdaya tahan,” ujar beliau.

Ramanan turut menyeru seluruh rakyat Malaysia agar melangkah ke tahun 2026 dengan semangat kebersamaan, menolak perpecahan serta memperkukuh perpaduan demi membina sebuah Malaysia yang lebih sejahtera, makmur dan harmoni untuk generasi hari ini dan masa hadapan.

“Selamat Tahun Baharu 2026, saya mendoakan tahun ini akan memberikan kejayaan yang lebih gemilang untuk semua” , katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Amaran hujan lebat, banjir di Thailand: Rakyat Malaysia disaran berwaspada

RAKYAT Malaysia yang berada atau merancang untuk berkunjung ke Thailand dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada susulan amaran risiko hujan lebat...

More Articles Like This