Kerajaan MADANI terus bina keharmonian, perkukuh ekonomi

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

KERAJAAN MADANI akan terus membina dan memelihara keharmonian yang sedang dikecapi ketika ini sebagai teras kemajuan.

Pada masa sama, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan juga berhasrat terus memperkukuh ekonomi negara demi kesejahteraan semua.

“Dalam kepelbagaian, kita bina keharmonian sebagai teras kemajuan. Dalam perpaduan, kita perkukuh ekonomi negara demi kesejahteraan semua.

“Malaysia MADANI melangkah yakin ke hadapan, bersama-sama rakyat menyambut harapan baharu.

“Inilah komitmen Kerajaan MADANI untuk Malaysia. Selamat Tahun Baharu!,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel lain: ‘Muafakat Kerajaan Perpaduan mantap, tiada sabotaj dan khianat’ – PM

Perdana Menteri turut memuat naik video berdurasi satu minit 47 saat yang memaparkan beliau meraikan sambutan tahun baharu bersama-sama rakyat Malaysia, kelmarin.

Sambutan tahun baharu itu juga merupakan pembuka tirai kepada kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Festival kira detik yang disertai Anwar, menandakan permulaan kepada usaha memacu momentum awal sektor pelancongan negara ke arah sasaran 43 juta ketibaan pelawat antarabangsa, selari dengan aspirasi menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama pelancong dunia.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Gempa kuat landa Mindanao, gegaran dirasai di Semporna

GEMPA bumi kuat bermagnitud 6.8 melanda Mindanao, Filipina pada pukul 7.34 malam tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), gegaran turut...

More Articles Like This