ECRL kukuh Malaysia sebagai hab jaringan, logistik serantau – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PROJEK Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) disifatkan mampu memperkukuh kedudukan Malaysia sebagai hab jaringan dan logistik serantau di Asia Tenggara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan ECRL bukan sekadar projek infrastruktur rel, malah merupakan inisiatif strategik negara.

Menurut Perdana Menteri, projek berkenaan juga adalah simbol kerjasama dan persahabatan antara Malaysia dengan China.

Anwar berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Pengerusi China Communications Construction Co. Ltd. (CCCC) Song Hailiang bersama delegasi yang merupakan kontraktor utama bagi kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan ECRL.

Baca artikel lain: SARA RM100 dikredit pada 9 Februari, STR mula 20 Januari – PM

Dalam pertemuan itu, Perdana Menteri berkata, tumpuan diberikan mengenai sokongan CCCC terhadap dasar-dasar kerajaan selari dengan aspirasi Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK-13).

“Perbincangan turut menyentuh kemajuan semasa ECRL serta kepentingan memastikan projek ini dilaksanakan mengikut jadual dan memberi limpahan pembangunan ekonomi kepada industri serta kawasan yang terlibat.

“Seiring kemajuan projek, saya turut menegaskan kepentingan persiapan rapi bagi fasa operasi ECRL oleh semua pihak berkepentingan,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This