PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan lawatan rasmi ke Turkiye selama tiga hari sehingga Khamis ini.
Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan Setiausaha Akhbar Kanan kepada Perdana Menteri, Tunku Nashrul Abaidah dalam Taklimat Pejabat Perdana Menteri, hari ini.
Menurut Tunku Nashrul, lawatan rasmi Perdana Menteri itu adalah sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dengan Turkiye yang telah lama terjalin.
Sepanjang lawatan rasmi itu, beliau berkata, Perdana Menteri dijadual mengadakan pertemuan dengan Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan serta bersama-sama mempengerusikan Majlis Kerjasama Strategik Tahap Tinggi antara kedua-dua negara.
Katanya, penubuhan mekanisme ini mencerminkan komitmen bersama Malaysia dan Turkiye dalam mempertingkatkan kerjasama strategik secara lebih tersusun serta menyeluruh.
“Lawatan ini turut merangkumi perbincangan mengenai kerjasama dalam pelbagai bidang, yakni perdagangan dan pelaburan, industri pertahanan, teknologi, pendidikan serta hubungan antara rakyat.
Baca artikel lain: Anwar ucap tahniah PPUM cipta sejarah laksanakan pemindahan hati bayi empat bulan
“Perdana Menteri juga dijadual menyampaikan syarahan umum dan mengadakan sesi libat urus bersama komuniti perniagaan Turkiye serta diaspora Malaysia,” katanya.
Selain program rasmi di Ankara, Tunku Nashrul berkata, lawatan Perdana Menteri ke Istanbul akan memberi tumpuan kepada pengukuhan kerjasama ekonomi melalui sesi meja bulat bersama syarikat-syarikat Turkiye.
Pada masa sama, beliau memaklumkan, Perdana Menteri juga akan berinteraksi bersama media bagi menjelaskan hala tuju hubungan Malaysia-Turkiye.
“Secara keseluruhan, lawatan rasmi ini mencerminkan keazaman Kerajaan MADANI untuk terus memperluas jaringan kerjasama antarabangsa yang strategik, pragmatik dan berorientasikan hasil, berteraskan prinsip Malaysia MADANI demi manfaat jangka panjang rakyat dan negara.
“Semoga tahun 2026 akan terus membawa kemakmuran dan kesejahteraan untuk rakyat Malaysia secara keseluruhannya,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

