MCMC sita lebih 10,000 peralatan tidak patuh standard dalam Op Optik

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEBANYAK 10,112 unit peralatan disyaki tidak diperakui telah disita oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dengan anggaran nilai RM1 juta.

MCMC dalam kenyataan memaklumkan, tindakan itu dilakukan menerusi pelaksanaan operasi pemeriksaan (Op Optik) ke atas sebuah syarikat yang beroperasi di Klang dan Petaling Jaya.

Jelas MCMC, syarikat tersebut dipercayai terlibat dalam penjualan peralatan komunikasi tidak diperakui dan tidak mematuhi piawaian teknikal standard yang ditetapkan oleh MCMC.

“Antara peralatan yang disita termasuk kamera litar tertutup tanpa wayar (wireless CCTV) dan beberapa peralatan sokongan operasi premis termasuk komputer, mesin cetak, telefon bimbit dan router WiFi.

“MCMC turut mendapati bahawa aktiviti pemasaran dan penjualan peralatan berkenaan dijalankan melalui pelbagai platform e-dagang dan media sosial,” jelas kenyataan itu.

Baca juga: Grok: MCMC akan mulakan siasatan pengguna X disyaki langgar undang-undang

MCMC menambah, Op Optik dilaksanakan susulan maklumat risikan hasil kerjasama strategik antara MCMC dengan SIRIM, dengan penglibatan seramai 69 pegawai.

Menurut MCMC, operasi itu telah dijalankan baru-baru ini dan mengambil masa selama 19 jam, bermula dari pukul 12 tengah hari hingga 4 pagi.

Tindakan MCMC

MCMC memberitahu, seramai 40 individu telah diambil keterangan awal, manakala sembilan Notis Kehadiran telah dikeluarkan kepada individu terlibat.

Jelas MCMC, ia termasuk pengarah syarikat, pengurus operasi, pembantu gudang, hos siaran langsung dan pencipta kandungan bagi menghadiri sesi rakaman percakapan di Ibu Pejabat MCMC, Cyberjaya.

Ujar MCMC, penjualan dan penggunaan kelengkapan komunikasi tidak diperakui berisiko menjejaskan keselamatan pengguna kerana tidak mematuhi piawaian teknikal, selain boleh mengganggu rangkaian perkhidmatan, menurunkan kualiti perkhidmatan dan mengancam integriti pasaran tempatan.

“Kes disiasat di bawah Peraturan 16, Peraturan-Peraturan Komunikasi dan Multimedia (Standard Teknik) 2000 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM300,000 atau penjara sehingga tiga tahun, atau kedua-duanya sekali.

“MCMC menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diteruskan dan dipertingkat dari semasa ke semasa bagi mengekang penjualan kelengkapan komunikasi tidak diperakui demi melindungi kepentingan pengguna,” kata MCMC.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Inisiatif Smart Lane kurangkan kesesakan trafik sehingga 50 peratus

INISIATIF Smart Lane secara keseluruhannya telah menunjukkan keberkesanan yang tinggi dan berjaya mengurangkan kadar kesesakan trafik antara 30 hingga...

More Articles Like This