Polis tahan lelaki paksa anak 10 tahun mencuri

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SEORANG lelaki berusia 34 tahun ditahan selepas didapati memaksa anak lelakinya berusia 10 tahun mencuri.

Timbalan Ketua Polis Daerah Jempol, Deputi Superintendan R Premkumar berkata, pihaknya menerima laporan polis yang dibuat oleh seorang penyelia pasaraya di Bahau mengenai satu kecurian, pagi tadi.

Katanya, laporan kecurian itu melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun mencuri satu paket Nescafe seberat 200g atas arahan bapa kandung berumur 34 tahun.

“Penyelia pasaraya tersebut tampil membuat laporan polis di Balai Polis Bahau.

“Suspek bapa kandung telah ditahan polis untuk membantu siasatan,” katanya.

Mengulas lanjut, Premkumar berkata, siasatan awal polis mendapati suspek sering kali mengarahkan serta memaksa anak sulung berumur 10 tahun untuk mencuri barangan keperluan harian seperti Milo dan lain-lain di beberapa premis perniagaan lain sekitar Bahau dan Batu Kikir sebelum ini.

Katanya, jika enggan berbuat demikian suspek akan bertindak memarahi dan mengugut mendatangkan kecederaan terhadap mangsa.

Jelas beliau, ekoran daripada insiden-insiden itu, mangsa mengalami penderaan emosi dan penganiayaan oleh bapa kandung sendiri supaya melakukan jenayah.

“Semakan awal, saspek mempunyai tujuh rekod kesalahan jenayah dan dadah termasuk kesalahan dibawah Sek. 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak dan (1) rekod Wanted tahun 2021.

“(2) kertas siasatan dibuka secara selari dibawah Sek.380/109KK dan Sek.31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemuda 23 tahun jatuh 9 meter ketika baiki silo di Ipoh

SEORANG pekerja kilang berdepan detik cemas apabila terjatuh dari ketinggian kira-kira sembilan meter ketika menjalankan kerja pembaikan di sebuah...

More Articles Like This