Warga asing salah guna visa pelawat akan dikenakan tindakan – Fahmi

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

WARGA asing yang menyalahgunakan visa pelawat untuk bekerja di Malaysia akan dikenakan tindakan susulan, kata jurucakap Kerajaan MADANI Datuk Fahmi Fadzil.

Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, ia akan dilakukan dengan pemantauan dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN).

“Kita (Jemaah Menteri) telah membincangkan beberapa masalah yang telah dibangkitkan oleh komuniti perniagaan dan beberapa pihak yang lain mengenai keberadaan warga asing yang telah menyalahgunakan visa sebagai pelawat untuk bekerja  di Malaysia dalam beberapa sektor.

“Tindakan susulan akan diambil oleh badan-badan penguatkuasaan dan pemantauan akan dibuat oleh pihak KDN,” katanya kepada media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri  hari ini.

Untuk rekod, sebelum ini, KDN dilaporkan menyatakan komitmen untuk memperkukuh kawalan sempadan dan membanteras penyalahgunaan kemudahan imigresen menerusi pendekatan menyeluruh di tiga peringkat iaitu sebelum ketibaan, di pintu masuk dan dalam negara.

Langkah itu memberi tumpuan khusus kepada isu pelawat asing yang menyalahgunakan pas lawatan untuk bekerja atau berniaga secara tidak sah di Malaysia.

Sementara itu, Fahmi berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan ahli-ahli Lembaga Majlis Media Malaysia baru-baru ini, yang disifatkannya sebagai satu pencapaian penting dalam usaha menubuhkan majlis berkenaan.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, ahli-ahli majlis memaklumkan mereka memerlukan sedikit masa untuk menguruskan aspek pentadbiran asas sebelum dapat melaksanakan peranan dengan lebih menyeluruh.

“Setelah beberapa perkara asas ini dapat diselesaikan, mereka memberi komitmen untuk menguruskan isu kod etika para wartawan, termasuk mekanisme untuk menerima aduan daripada khalayak umum berhubung isu-isu berkaitan pelaporan media,” katanya.

Fahmi berkata, beliau turut memaklumkan kepada Majlis Media Malaysia (MMM) mengenai Dana Inovasi Media berjumlah RM30 juta yang baru sahaja menutup fasa pertama, dengan hasrat untuk membantu organisasi media, khususnya media legasi seperti akhbar, radio dan televisyen, memulakan proses pendigitalan.

Beliau berkata, penggunaan teknologi baharu termasuk kecerdasan buatan (AI) bertujuan untuk mendampingi pengamal media dan bukannya menggantikan wartawan atau jurukamera.

“Saya juga telah meminta supaya MMM memainkan peranan yang signifikan dengan diberikan pentas dan ruang sewajarnya sepanjang Hari Wartawan Nasional yang dijadualkan berlangsung, insya-Allah, pada Jun nanti,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This