Seorang lagi pegawai tinggi ATM ditahan bantu siasatan kes tender perolehan

Dari Penulis

SEORANG lagi pegawai tinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes tender perolehan membabitkan bekas Panglima Tentera Darat.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dalam mesej ringkas kepada media.

Menurut beliau, individu tersebut ditahan pada pukul 11 pagi ini untuk membantu siasatan lanjut kes berkenaan.

“Sebarang kemas kini mengenai kes ini akan dimaklumkan pada sidang media SPRM esok,” katanya.

Dalam pada itu beliau turut mengesahkan bekas Panglima Tentera Darat yang sebelum ini direman, sudah dibebaskan pada pukul 6.30 petang kelmarin.

Pada 7 Januari lalu, bekas Panglima Tentera Darat bersama bersama dua isterinya ditahan SPRM berkait projek perolehan tender tentera darat.

Esoknya, pegawai itu direman selama tujuh hari manakala kedua-dua isterinya masing-masing direman tiga dan enam hari.

Sebelum ini SPRM memulakan siasatan terhadap 26 buah syarikat yang disyaki terlibat dalam tender perolehan Tentera Darat.

SPRM pada 23 Disember tahun lalu telah hadir ke Kementerian Pertahanan dan menyiasat projek-projek yang dilaksanakan melalui kaedah perolehan secara tender terbuka serta perolehan di bawah Pusat Tanggungjawab (PTJ) Tentera Darat.

Kemudian pada 24 Disember 2025, SPRM telah memanggil tiga individu untuk dirakam keterangan berhubung kes tersebut.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This