BEKAS wartawan Free Malaysia Today (FMT) yang ditahan polis disiasat mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 505 (c) Kanun Keseksaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, bekas wartawan itu turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Setakat ini, sebanyak tiga laporan polis telah diterima berkaitan isu yang sama sekaligus mencerminkan kegusaran orang awam terhadap insiden tersebut.
“Polis menegaskan tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana individu yang dipercayai menimbulkan hasutan serta permusuhan dalam kalangan masyarakat. Siasatan menyeluruh akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia ada,” katanya.
Baca juga: Polis buru tiga lelaki pecah masuk rumah, curi wang tunai di Jasin
Terdahulu, polis sedang menjalankan siasatan berhubung satu kes penularan rakaman video seorang wartawan dari FMT yang membuat pertanyaan kepada seorang ahli politik United Kingdom, George Galloway dalam satu wacana terbuka pada 12 Januari mengenai isu Palestin dengan membandingkan keadaan perkauman di Malaysia.
Kumar menambah, orang ramai juga dinasihatkan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawab dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di ruang awam mahupun media sosial.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

