POLIS memburu tiga lelaki yang memakai baju panas ‘hoodie’ selepas dipercayai mencuri dan memecah masuk sebuah rumah di Taman Anjung Gapam, Bemban, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, kejadian itu disedari pemilik rumah berusia 37 tahun yang menerima notifikasi CCTV di telefon bimbitnya ketika dalam perjalanan pulang dari bekerja kira-kira pukul 9.20 malam.
“Rakaman CCTV menunjukkan dua suspek berada di dalam rumah.
“Manakala seorang lagi memantau keadaan di luar sebelum unit peronda polis membantu mangsa pulang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, beliau berkata, hasil pemeriksaan mendapati suspek melarikan wang tunai pelbagai mata wang asing dari China, Indonesia, Thailand, Amerika Syarikat, Eropah dan Korea dengan anggaran kerugian kira-kira RM1,500 yang disimpan dalam laci almari bilik utama.
Terdahulu, beberapa rakaman CCTV tular di media sosial menunjukkan ketiga-tiga suspek berlegar-legar di kawasan perumahan sebelum melakukan jenayah, masing-masing memakai pelitup muka dan hoodie.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati modus operandi suspek ialah mengumpil besi jeriji dan pintu kayu di bahagian hadapan rumah.
“Proses mengesan menemui lapan cap jari manakala Unit Anjing Pengesan (K9) turut digerakkan bagi mengesan pergerakan suspek.
“Usaha mengesan ketiga-tiga suspek kini giat dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Sarjan Muhammad Fadzlan Fitri Mis di talian 018-3511594 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

