Polis siasat wanita sudah meninggal dunia dakwa didera sejak 2013 dalam surat tular

Dari Penulis

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) sedang mengadakan siasatan berhubung dakwaan seorang wanita yang telah pun meninggal dunia tetapi mendakwa telah didera sejak tahun 2013.

Wanita berusia 22 tahun itu dikatakan menulis sepucuk surat sebelum kematiannya dengan mendakwa menjadi mangsa penderaan dan pengabaian ahli keluarga sendiri.

Surat ditulis wanita tersebut turut tular dalam media sosial.

Difahamkan, wanita tersebut yang menghidap kanser telah meninggal dunia di Hospital Sibu pada awal pagi 18 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Zulkipli Suhaili memaklumkan, pihaknya telah menerima laporan pada 9 Disember lalu berhubung dakwaan berkenaan.

Menurut beliau, kertas siasatan telah pun dibuka dan siasatan awal dilakukan termasuk merekod kenyataan daripada pengadu pada waktu itu.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-kanak 2001, yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000, penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Baca artikel lain: Polis buru suspek pecah rumah di Kota Tinggi

“Orang ramai digesa supaya tidak menyebarkan maklumat yang tidak disahkan atau membuat spekulasi dalam talian.

“Tindakan sedemikian boleh mengganggu siasatan dan menjejaskan sensitiviti kes yang melibatkan kanak-kanak.

“Siasatan sedang dijalankan secara menyeluruh, telus dan profesional mengikut proses sewajarnya bagi memastikan kebenaran ditegakkan,” katanya.

Surat yang tular itu didakwa ditulis wanita berkenaan dan ditujukan kepada bapanya.

Ia telah dikongsikan secara dalam talian oleh adik perempuan wanita berkenaan didakwa memperincikan penderaan fizikal dan emosi selama beberapa tahun yang dilakukan oleh ahli keluarganya.

Dalam pada itu, laporan China Press memberitahu, pihak polis telah pun menahan bapa kandung dan ibu tiri wanita terbabit untuk membantu siasatan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Petisyen ‘Remove Rohingya from Malaysia’ raih 319,546 tandatangan

PETISYEN 'Remove Rohingya from Malaysia' yang menggesa penghantaran pulang pelarian etnik Rohingya dari Malaysia atau menempatkan mereka semula di...

More Articles Like This