SEORANG wanita ditemukan rentung selepas salah satu rumah setinggan didiaminya hangus dijilat api di Kampung Perigi, Semporna, pagi tadi.
Kebakaran yang berlaku kira-kira pukul 11 pagi itu turut melibatkan tujuh buah rumah setinggan lain.
Mangsa dikenal pasti sebagai Munairaya Baluan, 58, ditemukan dalam salah sebuah rumah yang terbakar itu.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semporna, Rastam Keladi berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 11.20 pagi.
Menurut Rastam, sembilan anggota telah dikejarkan ke lokasi kejadian yang terletak hanya kira-kira satu kilometer.
“Komander operasi melaporkan kebakaran melibatkan tujuh rumah setinggan jenis tidak kekal telah musnah 100 peratus.
Baca artikel lain: Suami isteri warga emas rentung rumah hangus terbakar
“Pasukan bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan sumber air dari tangki jentera dan terdapat seorang mangsa terlibat ditemui rentung,” katanya dalam kenyataan.
Setakat ini, Rastam memberitahu kerja-kerja pemadaman sepenuhnya bara api masih dijalankan.
“Mangsa rentung diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
“Maklumat akan dikemaskini dari masa ke masa,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

