Kemalangan libatkan lapan motosikal, remaja berusia 18 tahun maut

Dari Penulis

SEORANG remaja berusia 18 tahun maut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain, menyebabkannya hilang kawalan dan melanggar besi penghadang jalan di Kilometer 8.2 Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) arah Kulim, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, kejadian berlaku pada pukul 3.30 pagi dalam kemalangan melibatkan lapan motosikal itu.

“Hasil siasatan awal mendapati kesemua lapan motosikal tersebut sedang bergerak dari arah Seberang Jaya menuju ke Kulim.

“Setibanya di lokasi kejadian, dipercayai salah sebuah motosikal telah bergesel sesama sendiri, lalu hilang kawalan dan terbabas sehingga menyebabkan motosikal lain berlanggar sesama sendiri. Kejadian berlaku di laluan kereta,” jelasnya.

Helmi memberitahu, akibat daripada pelanggaran tersebut, seorang penunggang iaitu remaja lelaki berusia 18 tahun terjatuh di sebelah kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan iaitu besi pemisah antara lorong kereta dan motosikal.

Mangsa katanya, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan, dan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Seberang Jaya untuk proses bedah siasat.

“Tujuh lagi penunggang yang berusia antara 18 hingga 22 tahun mengalami kecederaan pelbagai di bahagian tangan serta kaki dan menerima rawatan lanjut di Hospital Seberang Jaya,” katanya.

Beliau menambah, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau membahayakan.


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

UMNO-BN Negeri Sembilan sedia letak calon di semua 36 kerusi DUN

UMNO-Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan bersedia untuk meletakkan calon di semua 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang akan...

More Articles Like This