Liputan internet di kawasan berpenduduk capai 99.71 peratus selepas pelaksanaan JENDELA

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

SETAKAT akhir Disember 2025, liputan internet di kawasan berpenduduk telah meningkat daripada 91.8 peratus sebelum pelaksanaan Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) kepada 99.71 peratus.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, pencapaian ini disokong oleh inisiatif pembangunan rangkaian oleh Pengendali Rangkaian Mudah Alih (MNO) termasuk pembinaan infrastruktur 4G baharu.

Katanya, selain itu, pencapaian berkenaan turut dibantu oleh penaiktarafan tapak sedia ada serta manfaat perkongsian Rangkaian Teras Pelbagai Operator (MOCN).

“Bermula Ogos 2025, setiap MNO telah mengemukakan perancangan penambahbaikan liputan yang dipantau oleh MCMC, disokong oleh Garis Panduan Industri bagi Perkongsian Infrastruktur Rangkaian.

“Pendekatan pelaksanaan yang bersasar dan berfasa ini membolehkan peluasan liputan internet dilaksanakan secara lebih cekap dan berkesan, termasuk ke kawasan kurang berpenduduk.

Baca artikel lain: Selepas didesak, Selangor batalkan sementara projek ladang ternakan babi di Bukit Tagar

“Ini seperti sepanjang jajaran lebuh raya, melalui penggunaan teknologi yang bersesuaian dengan keperluan setempat atau fit-for-purpose,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Selain itu, menurut MCMC, di bawah JENDELA Fasa 1, liputan, kapasiti dan kualiti jalur lebar mudah alih telah dipertingkat melalui pembinaan 1,661 struktur menara komunikasi baharu dengan perkongsian Rangkaian Akses Radio (RAN) menerusi pendekatan MOCN.

“Bilangan premis yang diliputi rangkaian (premises passed) turut meningkat daripada 4.96 juta premis sebelum pelaksanaan JENDELA kepada 9.81 juta premis setakat akhir Disember 2025.

“Sekali gus melepasi sasaran sembilan juta premis. Kelajuan median muat turun jalur lebar mudah alih turut meningkat kepada 143.70 Mbps1, melepasi sasaran yang ditetapkan,” katanya lagi.

MCMC akan terus memantau pelaksanaan ini bagi memastikan peningkatan liputan dan kualiti perkhidmatan Internet dilaksanakan secara mampan dan berterusan.

Ia selaras dengan objektif JENDELA Fasa 2 untuk memperluas akses internet ke kawasan berpenduduk jarang serta koridor pengangkutan utama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Sultan Selangor hargai kesinambungan pentadbiran jayakan LRT3

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, menegaskan kejayaan merealisasikan projek Laluan LRT3 Shah Alam adalah hasil kesinambungan perancangan serta...

More Articles Like This