Peranan strategik KESUMA bangun modal insan bantu kukuh kedudukan ringgit – Ramanan

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

AGENDA reformasi ekonomi berpaksikan pembangunan insan menjadi asas penting dalam membina semula keyakinan terhadap negara dan seterusnya menyumbang kepada pengukuhan kedudukan ringgit.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan berkata, sejarah dan realiti ekonomi membuktikan bahawa sesebuah negara hanya mampu mengekalkan kekuatan mata wang apabila produktiviti buruh meningkat dan kemahiran tenaga kerja dipertingkat.

Jelasnya, dalam konteks ini, Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) memainkan peranan strategik sebagai pemangkin kepada pembangunan modal insan negara.

“KESUMA memberi penekanan kepada latihan kemahiran berimpak tinggi, peningkatan kebolehpasaran graduan TVET, pemerkasaan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Baca artikel lain: JAIS nafi tanggung kos meroboh, kosongkan tanah diceroboh

“Selain penguasaan kemahiran digital serta adaptasi teknologi baharu selari dengan keperluan industri masa hadapan.

“Pendekatan ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan produktiviti dan pendapatan rakyat, malah memperkukuh daya saing Malaysia sebagai destinasi pelaburan berkualiti di peringkat antarabangsa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, KESUMA akan terus komited memainkan peranan dalam melahirkan tenaga kerja yang bukan sahaja mahir dan berdaya saing, malah beretika, berdisiplin serta bersedia menghadapi cabaran kompleks ekonomi global.

“Hakikatnya, pengukuhan ringgit bukan sekadar soal kadar pertukaran mata wang, tetapi soal membina sebuah negara yang stabil, rakyat yang berdaya saing dan ekonomi yang mampan.

“Dengan semangat Malaysia MADANI, kepimpinan yang berprinsip serta kerjasama padu seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan latar belakang, saya yakin Malaysia mampu melangkah lebih jauh sebagai sebuah negara yang makmur, inklusif dan berdaya tahan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Kes buli MRSM: Empat disingkirkan, dua lagi digantung

EMPAT disingkirkan manakala dua lagi pelajar Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di Johor digantung persekolahan selepas terbabit kes buli. Perkara...

More Articles Like This