KERAJAAN sedang mempertimbangkan pindaan baharu kepada Kanun Keseksaan bagi menjadikan penyalahgunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai jenayah.
Ini turut termasuk kesalahan penghasilan imej intim sintetik, penyamaran digital dan ‘automated grooming’,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, undang-undang jenayah negara perlu diperbaharui supaya relevan dalam mendepani perubahan teknologi.
Katanya, kerajaan juga sudah mengambil langkah awal melalui penggubalan Akta Keselamatan Dalam Talian 2025.
“Jenayah seperti penipuan siber, eksploitasi dalam talian, penyamaran digital dan manipulasi teknologi ‘deepfake’ semakin berleluasa serta sukar dikesan dengan kaedah konvensional.
“Ini sekali gus menuntut pendekatan perundangan yang lebih progresif dan responsif selaras dengan perkembangan teknologi semasa,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Baca artikel lain: UtusanTV rangka kerjasama kukuh hubungan dengan RISDA
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Keadilan Jenayah dan Pembaharuan Undang-undang: Sistem Keadilan Jenayah dalam Era Baharu di Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC), hari ini.
Sementara itu, Azalina berkata, perbincangan mengenai perbicaraan yang adil khususnya berkaitan beban pembuktian di akhir kes pendakwaan mungkin bersifat teknikal, namun kesannya memberi implikasi nyata dalam dunia sebenar.
Beliau berkata, piawaian undang-undang yang jelas dan konsisten amat penting bagi melindungi hak tertuduh, memastikan integriti pendakwaan, dan mengekalkan keselarasan kehakiman.
Katanya, begitu juga perbincangan mengenai penahanan pra-perbicaraan dan pembaharuan jaminan adalah salah satu isu paling mendesak dalam sistem perundangan negara.
“Tahanan reman bukanlah suatu hukuman, penahanan mesti kekal sebagai pengecualian, bukannya peraturan.
“Menilai semula amalan jaminan dan meneroka alternatif seperti mekanisme penyeliaan adalah soal kesepadanan, bukan kelonggaran.
“Keprihatinan ini dizahirkan dalam pembaharuan Fasa 1 “Quick Win” Kerajaan di bawah Jawatankuasa Pembaharuan Undang-Undang Jenayah, termasuk pindaan terhadap undang-undang pengakuan, peruntukan jaminan dan reman, serta peraturan keterangan bagi mencegah ketidakadilan dan ketidakkonsistenan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

