PERKHIDMATAN awam tidak akan sama sekali berkompromi dalam mengambil tindakan terhadap mana-mana penjawat kerajaan mengikut lunas perundangan yang ditetapkan sekiranya didapati bersalah.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar berkata, oleh yang demikian, perkhidmatan awam akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan yang menyeluruh dan telus.
Jelasnya, semua ini dilakukan dalam memastikan prinsip keadilan terpelihara kepada pihak yang sedang disiasat.
“Prinsip menolak salah guna kuasa, rasuah dan kecurangan tatakelola ini penting untuk dijunjung pada setiap masa selaras dengan ikrar Rukun Negara dan ikrar Perkhidmatan Awam.
“Bagi memastikan imej dan kredibiliti perkhidmatan awam tidak dicemari dengan perilaku yang boleh menghakis kepercayaan awam terhadap institusi teras negara,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: MPPN sokong larangan pembelian RON95 oleh kenderaan pendaftaran asing
Beliau berkata demikian berikutan isu yang berbangkit berkenaan dengan tangkapan dan siasatan penyalahgunaan kuasa serta rasuah dalam kalangan penjawat awam terutama di peringkat pengurusan tertinggi.
Katanya, nilai integriti akan sentiasa menjadi teras kepada penyampaian perkhidmatan awam yang berkesan, mengurangkan ketirisan hasil negara serta mempertahankan keselamatan dan kedaulatan negara.
Katanya lagi, ia selaras dengan aspirasi di bawah Kerajaan Malaysia MADANI seperti mana yang sering ditekankan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

