KEMENTERIAN Kerja Raya (KKR) sudah mengenal pasti sebanyak 1,572 cerun di sepanjang Jalan Persekutuan di seluruh negara yang mempunyai risiko tinggi untuk kejadian runtuh.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia terhasil daripada usaha pengumpulan data dan penghasilan peta bahaya serta risiko cerun di sepanjang jalan Persekutuan di seluruh negara.
“Sebanyak 34,633 cerun telah diinventori, daripada jumlah tersebut 1,572 bilangan cerun dikenal pasti mempunyai tahap risiko yang sangat tinggi.
“Cerun-cerun yang berkategori berisiko tinggi akan diberi perhatian serta kekerapan rondaan dan pemeriksaan akan dipertingkatkan, pihak JKR daerah dan negeri akan melaksanakan kerja-kerja rondaan bagi mengesan tanda-tanda awal.
“Sistem saliran cerun dikenal pasti dalam keadaan baik di sepanjang jajaran Persekutuan dan negeri,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Baca artikel lain: PDRM jamin proses kenaikan pangkat bebas diskriminasi – Shamsul Anuar
Katanya lagi, kementerian beliau melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) komited dan sentiasa bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan berlaku tanah runtuh akibat Monsun Timur Laut.
Jelasnya, ia merangkumi sinergi pra bencana, semasa serta pasca bencana dalam memastikan jalan Persekutuan dan cerun sentiasa dalam keadaan selamat.
“Amaran semasa akan dipaparkan di lamam web Sistem Awalan Amaran Tanah Runtuh JKR dan hebahan awal akan disalur kepada JKR daerah, negeri dan pihak-pihak berkepentingan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

