Kerajaan Madani terus perkukuh hubungan dengan kerajaan negeri – PM

Azrul Hakimie Anuer
Azrul Hakimie Anuer
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

Dari Penulis

KERAJAAN Madani akan terus memperkukuhkan usaha bagi mengeratkan lagi hubungan kerjasama di antara pusat dengan kerajaan negeri demi kepentingan bersama.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian mempengerusikan Mesyuarat Menteri Besar dan Ketua Menteri ke-148 di Bangunan Parlimen, hari ini.

Jelasnya, antara aspek yang diberikan penekanan adalah dalam aspek penyelarasan dasar serta pelaksanaan inisiatif pembangunan secara bersama, lebih tersusun dan berkesan.

Baca artikel lain: Mahkamah Persekutuan kekalkan hukuman, Isa Samad ke penjara 6 tahun serta-merta

Pada masa sama, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan di antara kedua-dua belah pihak turut memberi penekanan kepada hal yang paling penting iaitu kepentingan rakyat.

“Penekanan turut diberikan kepada aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat, agar setiap keputusan dan perancangan yang digariskan dapat diterjemahkan kepada manfaat yang nyata.

“Selain dirasai secara langsung oleh rakyat, terutamanya golongan yang memerlukan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

BUDI Diesel: 700,000 pemilik kenderaan nikmati diesel RM2.10 seliter mulai hari ini

SERAMAI 700,000 pemilik kenderaan diesel persendirian di seluruh negara mula menikmati diesel bersubsidi pada harga RM2.10 seliter mulai hari...

More Articles Like This