Perbezaan pandangan lumrah, tak boleh jadi alasan bertindak luar batas – PM

Afiq Mohd. Shah
Afiq Mohd. Shah
Penulis merupakan Penolong Pengarang Berita di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 10 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2021, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak dan portal berita lain sejak tahun 2016. Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama perkembangan semasa, politik dan ekonomi.

Dari Penulis

PERBEZAAN pandangan dalam sebuah negara majmuk adalah lumrah tetapi tidak boleh dijadikan alasan untuk bertindak di luar batas undang-undang.

Perkara itu ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Bersekutu Malaysia (ACCCIM), malam tadi.

Dalam hantaran di Facebook, Perdana Menteri menegaskan bahawa beliau tidak akan bertoleransi dengan apa jua tindakan yang mengganggu-gugat kestabilan negara.

Baca artikel lain: Mata pelajaran Sejarah sekolah rendah hanya ditawar kepada murid Tahun 5 dan 6 – KPM

Menurut Anwar, kestabilan, keamanan dan perpaduan adalah tunjang kekuatan Malaysia dan menjadi tanggungjawab bersama untuk mempertahankannya.

“Negara ini berdiri kukuh atas semangat setia kawan dan persahabatan yang disemai dalam kalangan seluruh rakyat, merentasi kepelbagaian kaum, agama, budaya serta adat istiadat setiap negeri.

“Saya menegaskan bahawa soal keharmonian dan perpaduan tidak boleh sama sekali dipandang remeh malah sebarang isu yang menyentuh sensitiviti masyarakat wajib ditangani dengan segera dan tidak boleh dibiarkan berlarutan sehingga mencetuskan ketegangan,” katanya dalam hantaran tersebut.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Jenazah suami Nancy Shukri diterbangkan ke Kuching hari ini

JENAZAH suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri iaitu Datuk Kamil Misuari akan diterbangkan...

More Articles Like This