KEJAYAAN Malaysia melonjak naik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2025 bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana perkara tersebut merupakan antara matlamat utama Kerajaan Madani ditubuhkan.
Maklumat yang terdapat di CPI 2025 menunjukkan Malaysia merekodkan peningkatan apabila berada di tangga ke-54 berbanding ke-57 pada tahun sebelumnya.
Keputusan tersebut diperolehi berdasarkan 13 kajian serta penilaian pakar yang mengukur persepsi tahap rasuah sektor awam di 182 negara dan wilayah di seluruh dunia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum menggalas jawatan utama negara sudah melaungkan amaran bahawa gejala rasuah akan diperangi habis-habisan.
Tak terkira sudah berapa kali agaknya Perdana Menteri menekankan masalah tersebut dalam ucapannya terutama ketika menghadiri majlis pertemuan bersama penjawat awam.
Paling terkesan, Perdana Menteri memberi peringatan keras kepada mereka supaya segera melepaskan jawatan sekiranya tidak mampu melaksanakan tugasan dengan baik dan tergoda dengan imbuhan yang terhidang.
Baca artikel lain: Bekas Setiausaha Politik, isteri ditahan disyaki minta dan terima rasuah RM3 juta direman esok
Apa yang penting untuk ditekankan di sini adalah kerajaan tidak hanya bercakap sahaja, namun ia disusuli dengan tindakan tegas agar masalah yang merosakkan negara itu dicantas habis-habisan.
Agensi-agensi kerajaan disatukan di mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) saling bekerjasama.
Hasilnya, lebih RM15.5 bilion hasil negara dapat dipulihkan melalui rampasan aset, dana dan pembanterasan sindiket rasuah serta ketirisan yang telah lama menjejaskan kewangan awam.
Negara kini berada di landasan benar untuk pemulihan, teguhkan tekad, doa rakyat sentiasa mengiringi di setiap usaha yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan memerintah.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Penulis merupakan wartawan di UtusanTV. Mempunyai pengalaman luas selama 18 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital.
Sebelum menyertai UtusanTV pada tahun 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media cetak/penyiaran/portal lain sejak tahun 2008.
Sepanjang kerjaya, penulis mempunyai kemahiran menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu terutama (perkembangan semasa/politik/sukan).

