Hamzah ‘ditendang’ keluar dari Bersatu serta-merta

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengambil tindakan tegas terhadap Datuk Seri Hamzah Zainudin dengan memecatnya sebagai ahli parti itu.

Berdasarkan notis yang dikeluarkan, pemecatan itu berkuat kuasa serta merta.

Menurut notis tersebut, Hamzah dikenakan tindakan itu oleh Lembaga Disiplin kerana melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu.

“Majlis Pimpinan Tertinggi dimaklumkan bahawa Lembaga Disiplin telah memutuskan bahawa Hamzah dipecat hak-hak keahlian dalam parti di bawah Fasal 22.5 berkuatkuasa mulai 13 Februari 2026 kerana tindakan beliau melanggar Fasal 9.1.4 Perlembagaan Bersatu,” jelas notis tersebut.

Baca juga: 16 MP Bersatu desak Muhyiddin letak jawatan sebagai Presiden parti

Pengerusi Lembaga Disiplin Bersatu, Datuk Mohd Radzi Manan berkata, Hamzah bagaimanapun boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Rayuan untuk pertimbangan dalam tempoh 14 hari dari tarikh notis berkenaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Anwar menghadap TMJ dalam suasana mesra, harmoni

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di ibu negara, hari ini. Menurut...

More Articles Like This