16 MP Bersatu desak Muhyiddin letak jawatan sebagai Presiden parti

Izzat Nasuruden
Izzat Nasuruden
Penulis merupakan wartawan di UtusanTV dengan pengalaman 11 tahun dalam dunia kewartawanan sama ada media cetak mahu pun digital. Sebelum menyertai UtusanTV pada Januari 2022, penulis pernah bertugas di beberapa syarikat media arus perdana dan portal berita lain sejak 2015. Sepanjang kerjaya, penulis telah menulis dan membuat liputan tentang pelbagai isu seperti jenayah, politik, perkembangan semasa dan hiburan.

Dari Penulis

SERAMAI 16 Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendesak supaya Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Presiden parti tersebut.

Perkara itu dikongsikan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful Wan Jan menerusi kenyataan bersama yang dimuatnaik di media sosial, pagi tadi.

Menurut Wan Saiful, kesemua ahli Parlimen berkenaan menyokong penuh kenyataan Ketua Whip Dewan Rakyat Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee yang mendesak perletakan jawatan Muhyiddin.

“Tanpa menafikan jasa dan sumbangan Muhyiddin sebelum ini, hakikatnya beliau sudah tidak lagi mampu menyatukan parti dan memimpin parti ke arah kemenangan.

“Kami yakin bahawa Datuk Seri Hamzah Zainudin mampu menjadi pemangku Presiden yang baik, mampu mengembalikan agenda Bersatu kepada perjuangan agenda rakyat dan negara, serta mampu menyatukan kembali parti demi memastikan kemenangan,” katanya.

Baca juga: Wan Saiful dipecat, Wan Ahmad Fayhsal digantung Bersatu

Untuk rekod, 16 Ahli Parlimen berkenaan ialah Ahli Parlimen Kangar, Zikri Hassan; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Dr Ku Abdul Rahman Ku Ismail; Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Roslan Hashim; Ahli Parlimen Ketereh, Datuk Khlir Mohd Nor dan Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz.

Selain itu, Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal; Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid; Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Wan Saiful; Ahli Parlimen Gerik, Fathul Huzir Ayob; Ahli Parlimen Padang Rengas, Azahari Hassan; Ahli Parlimen Lumut, Nordin Ahmad Ismail; Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Ahli Parlimen Rompin, Datuk Abdul Khalib Abdullah; Ahli Parlimen Sabak Bernam, Kalam Salan; Ahli Parlimen Sungai Besar, Datuk Muslimin Yahaya dan Ahli Parlimen Mersing, Islahuddin Abas.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Polis sahkan Haim Hilman digari, tegaskan ikut prosedur

POLIS mengesahkan Exco Industri dan Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Inovasi Kedah, Dr Haim Hilman Abdullah berada dalam...

More Articles Like This